Wednesday, 29 November 2017

Abah rehat selamanya


100 hari sebelum abah pergi

Hati berdebar debar tiap kali makanan yang nak makan x sampai kemulut. Potong bawang sampai terluka jari.end up termimpikan abah. Sampai genap 1 bulan syawal berlalu dan datangnya 1 zulkaedah bersama berita abah kanser hati tahap 4.

Dan segalanya berubah, saya down. 3 4 hari saya termenung. Saya tak pernah imagine perkara ini berlaku pada ahli keluarga saya. Alhamdulilah. Allah sayang saya Dia tak kasi saya layan hati sedih lama sangat. Saya tampar pipi saya dan saya kata saya kena kuat sebab mak da takde, kalaua saya sedih, abah mesti lagi seribu kali sedih.

Sejak dari itu, apa jua perkara saya nak lakukan saya takkan tunggu esok. Saya akan jadikan tiap hari adalah hari yang terakhir. Abah nak makan apa jua. Abah nak pergi mana jua sedaya upaya dipenuhi. Dan dugaan demi dugaan dilalui bersama kasih saying Dia.

 

40 hari sebelum abah pergi

Tengah makan kt restoran,tiba tiba qhaleef bersuara “Qhaleef dengar macam suara atok abah, jom tengok atok abah” Pada masa yang sama keadaan abah semakin lemah. Tapi semangat abah cekal dan kuat. Abah pesan nanti abah nak 1 tempat dengan arwah mak kt kebun teh.

3 hari sebelum abah pergi

Kesihatan abah merundum jatuh. Abah da kuat nak sapu lotion kat badan pun x kuat. Time tu sure tau macam mana hati nak hadapi benda tu. Kami Badik badik mula tido rumah abah. Tinggallah pasangan dan anak kat rumah masing masing janji kami nak jaga abah. abah mula cakap ada orang datang nak jumpa abah.abah pesan “tolong tolak kereta abah b” siyes saya layan semua ayat abah.

Jumaat 3.11.2017

Tapi peliknya saya. Tiap kali saya nak balik selepas wudhukan abah pasti saya pesan, abah tunggu bb datang semula ye bah. Sebab saya kena balik sekejap salin pakaian amek alep balik sekolah. Berbeza hari tu, saya wudhukan abah semasa solat asar.saya doa kat Allah agar berikan yang terbaik buat abah.Saya berlinang air mata risau hati sebab abah mula lemah tak bole telan walau setitik air. Dahi abah saya cium dan saya minta izin balik kejap ye bah.

Tak sempat sampai maghrib nak wudhukan abah, abah da pergi.

Saya selawat sepanjang masa saya pergi kerumah abah bila dapat call dari abang datang sekarang. Saya da dapat rasa. Tapi saya selawat tanpa henti.

Sampai kat rumah abah da x de nafas.badan abah hangat panas lagi. Setitik air mata tak jatuh lagi. Saya tak menangis. Ahah air mata tak tumpah. Tapi saya senyum kata abah dan ucap abah selamat berehat bah.

Abah da pergi berjumpa kekasihnya.

Dan hari ni hati tercubit bila abang beritahu Abah namakan saya sebagai pewarisnya. Allahu abah. Bb x sangka abah percayakan bb. Walau abah xpernah luah. Abah xpernah cakap sayang atau apa jua. Dan apa jua bb buat selama ni kerana Redha Allah letaknya pada redha ibu bapa. Bb banyak dosa lampau degil dulu dulu dengan abah. Dan syukur Dia sedarkan bb untuk balas dosa bb dengan berbakti dengan abah.

Terima kasih Allah.

No comments:

Post a Comment