Tuesday, 6 March 2018

Dia ada dalam diam

Bismillahirahmanirahim

Tiada satu daun pun yang gugur tanpa izin Dia - (ar-rad:2)

Dan berlalulah hari mengikut hari dan waktu yang ditetapkanNya.

Khamis 22mac2018
Alhamdulilah.Saya puasa hari ini.pergi kerja seperti biasa.dan berbuka puasa seperti biasa. Hingga sewaktu nak berbuka pergi ketandas sekejap terasa erk "datang haid?"
Kepelikkan no. 1.darah kali ni "hitam" sangat. No.2. Awal pulak periodnya bulan ni. Bisik hati ni.

Jumaat 23mac2018
Kerja seperti biasa.
Makan domino.cili flakes yang ada memang sedialah dimakannya.sebab  saya memang suka pedas.tapi still minuman bergas bergula saya memang pantang.tak amek pun.cuma bab cili,bab cheese,hah tu saya curi curi makan kadang kadang.

Sabtu 24mac2018
Perut mula rasa tak sedap.tiba tiba hilang selera makan.cuma nak makan mushroom soup dan 1 keping pizza kat pizza hut.

Ahad 25mac2018
Sakit perut mula datang. Kerana haid jadi saya layan jela.kebetulan qhaleef 1st contest mewarna harini. Jadi saya kena kuat.saya pergi mydin beli meja mewarwa untuk qhaleef.

Isnin 26mac2018
Sakit.
Tak berhenti sakitnya.
Papa hantar aleph ngaji.
Saya keklinik sendiri.jumpa doktor dia cakap saya gastrik dan cost rm175.00 utk ubat gastrik terbaik malam tu saya minta sebab saya taknak MC kerana baru minggu lepas cuti time aleph warded. Saya sendiri segan dengan ofismate.

Selasa 27mac2018
Sakitnya.1 malam saya tak tidur.
Tahajud atau tak saya lupa.namun yang saya ingat saya x larat nak bangun.saya tahajud hah saya kuatkan diri bangun tahajud dan buat bacaan doa syifa untuk diri saya sendiri.selepas tahajud dan bacaan doa syifa dan alfatihah tu saya repeat dan repeat baru saya mampu terlelap.
Kerja.saya kerja bersama sakit perut yang tak berhenti.tapi opismate tak tahu. Saya jenis segan nak beritahu kesakitan ni.kerana adakala tiada siapa memahami sehingga mereka melaluinya sendiri.

Malam.sakitnya tak berhenti.
Saya decide pergi lagi klinik tersebut.dan dr.alwi time tu scan perut nampak 1 batu.
Allah...saya pasrah.ok saya apendik.mudah je saya describe diri saya.kerana saya tahu saya pilih makan pedas tak ingat.skarang mendapatlah.

Dr.alwi buat surat ke hospital.perkara pertama saya buat sebelum ke hospital.saya nak jumpa ibu.saya tak fikir jumpa sesiapa selain ibu. Dan saya mohon doa ibu utk saya.

Warded.
Doctor Chia sampai pukul 1 pagi jumpa saya. Alhamdulilah.Allah beri kelembutan pada hatinya datang rawat saya.darah saya diambil.dan result tiada apendik.tiada batu karang.
Allah...dr.chia cakap ada sikit kelainan pada darah.dan akan buat Ct Scan esoknya sebab saya sakit tak henti.
time tu fikiran saya Allah...dan terus ingat Dia tanpa henti...

Rabu 28mac2018
11.00pagi
"Kami dapati melalui ct scan nampak ketumbuhan yang besar dalam 9.7 cm pada ovari kanan puan"
Allah...time doktor cakap ni.saya rasa macam...tak tahu nak describe...tapi saya insist minta doktor proper check before diagnos sakit saya...kali ni baru saya series attend diri saya sendiri.sebelum ni saya buat tak tahu je...

Khamis 29mac2018
Menangis...dari semalam saya dan papa menagis dalam hati.tak nak qhaleef nampak...papa pesan doa...doa byk byk padaNya.dr chia akan bawa sample darah untuk diuji pada masa yang sama saya akan dirujuk pada doktor pakar puan.

Dr.too. melalui ultrasound mmg jelas 9.7cm besarnya kantung air tu di ovari kanan.Alhamdulilah rahim saya tidak diganggunya. Dan kerana cysts yang sebesar tu menghimpit ovari saya.dan itulah menyebabkan kesakitan.
Dia...Dia panjangkan lagi umur saya dengan mendatangkan segala petunjuk petunjukNya sehingga benda tu dapat dikeluarkan sebelum pecah. Allah...syukur ya Allah.

11.00 pagi buat ct scan.kepala pening selepas buat."dang" dahi terlanggar almari kt bilik ct scan tu. Nampakkan kekeliruan diri yang berlaku. Almari pun dilanggarnya. Sebab saya sejenis nak cepat. Semua nak cepat.walau saya tengah sakit. Saya lupa saya sakit.

Dr.too explain kalau x operate pada hari tu juga kemungkinan benda tu stress dan akan pecah effect pada ovari.saya terdiam.dan hanya angguk dan angguk.surat untuk operate saya tak sign.saya terus naik ke bilik wad.

Kat katil saya bermenung,bila keputusan sesuatu perkara untuk badik2,abah dan anak kita mampu beri jawapan.tapi bila utk diri sendiri.saya tak mampu jawab.

Saya nangis.dan nangis terus nangis.hingga papa datang dan bincang dengan doktor.

Khamis 2.00pm 29mac2018
Saya masuk bilik operate.
Sejuk.
Sejuk bilik tu.
Tgn kiri yg ada drip.tgn kanan bersih.
1 doktor lelaki kenalkan diri dia dan cakap dia doktor bius saya.
Dia minta maaf kerana biuskan tu akan sakit sikit.
Tangan kiri kanan didepakan.
Saya dipakai oksigen.
Mengucap.istifar tu je bekalan saya.
Dan bius tu masuk melalui drip.
Sakitnyaaaaa...kiri kanan tgn saya meronta ronta kecil dan anya ucapan Allah mampu saya ucap...

Huk huk...saya lihat melalui anak mata saya 1 tiub dikeluarkan melalui anak tekak saya mulut saya.
"I want coughing..." saya cakap kat situ...nurse 2 yang ada kat situ bantu saya dalam keadaan mcm nak tercekik.

"Pukul berapa?" Soalan pertama saya. 4.45petang puan.

Done.semua selesai fikir saya.

Saya minta cermin mata dari nurse dan instruct nurse amek dari papa kat luar bilik.kerana saya yakin papa mesti ada kat depan.Alhamdulilah saya dpt lihat jelas.walau nurse cakap tidurla puan.saya diam saja.

Sampai katil.
Tiub saluran buang air kecil semua da terpasang.saya dipindah ke wad semula.soalan pertama saya pada papa."dah asar tak?" Da jawab papa.papa minta saya rehat.tapi saya jawab
"Mama nak solat,solat tu la rehat bagi mama"itulah pertama kali saya solat baring.Allah.terima kasih beri izin saya solat lagi ya Allah.
Dan selepas solat tu saya rasa mamai tapi masih mampu berbual dengan mereka yang melawat.

Ibu jaga saya malam tu.saya mmg tak boleh bangun kerana luka operate masih terasa.

Jumaat 1mac2018
Saya sedar dan saya kena kuat bangun.
Dan saya fokus otak saya untuk duduk.
Sakitnya...Allah saja tahu...seperti operation bersalin...

Dan hari jumaat berlalu begitu laju.melihat anak yang kurang kasih syg ibunya kerana ibunya sakit.aleph cracky sedikit.kerana mama tak mampu peluk.x mampu cium lama lama mcm selalu.

Terima kasih sedara mara dan kawan kawan datang melawat.Allah saja membalas semuanya.

Sabtu 2mac2018
Saya minta discharge.
Alhamdulilah da buang angin.da buang air kecil dan buang air besar.syukur Allah mudahkan segalanya.

Sekarang saya berpantang seperti orang operate bersalin.
Tunggu temujanji 9.3.2018 jumaat ni untuk laporan sample darah dan cysts tu.

Ya Allah,semoga tiada yang series ya Allah.berilah izin diri ini mendidik anakku qhaleef iman untuk berbakti pada Agama Islam.itulah doa saya sejak saya tahu sakit saya.

Terima kasih pada sesiapa yang sudi baca.dan point dari story saya;

1.saya period setiap bulan.normal
Tapi tolong buat pap smear. Jangan layan perasaan takut sangat. Kerana hujungnya akan sesal tak sudah.

2.jika mmg jenis jarang buncit.tetiba ada buncit.checklah doktor.saya perasan saya tiada buncit.setahun lepas.tiba tiba ade buncit pulak.saya pelik.tapi oleh kerana kawan kawan ada yang buncit juga.saya ignore saja buncit kecil ni.

3.alert rasa sakit selepas bersama.ahah saya rasa sakit sedikit.saya ingat itu normal kerana saya memang jenis lembik.tapi itu jua tanda tanda kena amek kira.

4.darah haid hitam.
Ahah.hari pertama dan last jika hitam tak heran.ini macam lain gitu hitamnya.kerana darah haid saya hitam dan cysts tu da besar jadi berlaku stress kat situ.Alhamdulilah semuanya selamat.

5.cari Dia.hanya Dia tempat bergantung.
Saya dipermudahkan segala urusan olehNya.dikurnia suami yang sabar, sahabat yang baik,ibu yang memahami dan jiran yang penyayang.terima kasih Allah.

Menghitung hari bertemu doktor untuk result sample darah.sekarang sedang menjalani pantang dirumah.merindui kelas ngaji.opis dan semuanya.jumaat ini.semoga tiada yang series.amin amin amin.

Tuesday, 20 February 2018

My birthday and qhaleef warded 20 feb 2018

Its my birthday and its date qhaleef warded at medical kempas centre😂

Day1 sakit perut
Mama n papa bawa qhaleef ke klinik penawar sbb qhaleef xnk klinik lain selain disitu

Day2 dah mkn ubat tp still perut sakit
Mama n papa rasa pelik da mkn ubat tp masih sakit.refer doktor ni pun pelik kerana
1.xdemam
2.xcirit
3.xmuntah
Tp sakit perut
Tu doktor klinik suruh pergi hospital
Then sebelum kami pergi hospital kami sempat usaha tradisional sekejap.berdoa semoga Allah permudahkan segalanya.

20feb2018 - 8pagi
Sampai di emergrency kmc
Doktor emergency check dan nak cucuk jarum di tgn qhaleef,mama say nanti la.nk tggu dr.khoo plus mama xnk anak ma sakit krn anak ma normal.xdemam x cirit dan x muntah buat ape nk masuk air.memula nurse argue tp mama mcm biasa.inform kami nk tggu dr.khoo.

21feb2018
Bangun pagi dihospital bawa memori qhaleef bermimpi.dan mimpi tu mama keep saja in our memori.
Alhamdulila bole discharge.
Terima kasih atas doa semua.

Monday, 12 February 2018

Seminar joyful & loving family. In the grace of Allah by Prof. Rozita Shaary (ibu rose)

Bismillahirahmanirahim.

Pagi kua.sebab kali ni katanya bole bawa kids.jadi dibawanya aleef soleh.sampai disana. Dari skudai ke rtm auditorium tu amek stgh jam sbb pagi x jem.so alhamdulila sampai.dpt parking dekat.sekali kids x dibenar masuk dewan seminar.mereka mesti duduk dibawah.Kasi pulak aleef mama dia pergi tinggalkan diri dia. Hahaha...
Mama yg mmg kenal qhaleef iman,so bg aleef 2 pilihan nak duduk bawah tunggu mama bersama teacher2 atau duduk dirumah ibu azie.katanya nak stay uma ibu azie.ok so amek kereta back to skudai then come again to rtm.hah,sebab papa pun ade event kerjanya.so papa exclude kali ni join seminar.alhamdulilah sempat sampai 9.30 pagi.Allah selalu mudahkan dalam lorong lorong kebaikkan.

Point ringkas sewaktu seminar.

1.kenapa loving & firm parenting
-kerana 0 hingga 3 tahun tidak tahu undang undang. Lapisan otak untuk belajar undang undang belum wujud.

-kita hanya boleh membimbing anak sebagai khalifah kerana setiap kanak kanak tak sama.

-membawa keluar kehebatan yg diturunkan oleh Allah kepada anak anak kita.

-Allah mengingatkan bahawa perlunya akar kukuh di bumi,baru kuat menempuh arus dunia.

-anak x perlu dipantau.tiada siapa suke dipantau.jadi kita ibu bapa mohon pd Dia segalanya.

-kanak kanak 4thn mmg tak pandai kawal diri.

-pada usian 3 tahun mereka belajar sosial skill.

Guna perkataan;

I make a difference in this world.

1.attitude
2.skill
3.knowledge

-kerana 1 keluarga adalah 1 unit masyarakat.sesebuah masyarakat berjaya adalah kerana jayanya 1 keluarga.

Ibarat 1 carta

1.sleepy  2.realize   3.apply   4.win

Carta paling atas adalah

HASIL
    |
BEHAVIOUR
    |
MINDSET
    |
BELIEF

-kita menarik keluar apa yg ada dlm kepercayaan anak kita. Kalau kita katakan awak anak soleh.awak anak hebat.dan mereka akan jadi hebat dan soleh.

-cakap yg baik.dpt yg baik.

-peluk dan nyatakan

"Awak sangat berharga bagi kami"

-untuk menegur anak;
Pastikan eye level kita sama.sebaris setentang.kerana jika eye level xsama.mata kita tinggi sikit dari anak kita ia adalah bermaksud arahan.dan tiada siapa suka arahan.

-Relationship mesti high quality.komunikasi ada 2 perkara;
1-dari perkataan
2-alunan suara yg "firm"

Influence
        |
membina pasukan team building
        |
Pengetahuan ilmu perkembangan kanak kanak

-bercakap membawa aura

-75%  dalam badan adalah air. Dan kata kata dalam air adalah sangat berpengaruh pada diri seseorang.

-what we think and what we feel

-what we say and what we do

-nobody can make you happy until you make yourself happy

-stop thinking your child bermasalah.parenting is not about our child.is about diri kita sendiri sebagai ibu bapa.

-ASK our self apa saya boleh buat untuk anak saya dengar kata saya?

#perkahwinan

-kahwin bukan saja dengan pasanganmu.tapi dengan semua ahli keluarganya.

-tunjuk kasih syg depan anak anak.dan anak akan ikut cara tersebut.

-membina rumahtangga dalam rahmat Allah.

5 bahasa kasih syg:

1-hadiah
2-masa
3-perbuatan
4-ayat
5-sentuhan fizikal

Kenali bahasa kasih sayang pasangan kita mana 1.dan pasti kita bahagia.

Bangun pagi dan syukuri 3 perkara ;

1-alhamdulila masih bernafas.

2-masih ada pasangan / masih ada anak.

3-masih ada tempat tinggal.


Sunday, 4 February 2018

Refresh

Sharing:
2.2.2017 - 2.2.2018
Setahun je
Pelbagai memori
Allah sayang.Dia beri ujian sikit agar kami tak jauh dengan Dia.
Macam macam pengajaran
Dan kenallah siapa sahabat dan siapa saudara.

Bukan itu yang nak dicerita.
Kerana saya takut menguris hati manusia. Kerana payahnya saya nak mencari awak di sana kelak jika awak terasa dengan kata kata saya.maafkan saya.

Just refresh my mind
saya memilih uzlah dari segalanya selepas tragedi balik dari bercuti kt pantai bersama 1 family bersama dengan arwah abah sekali. Qhaleef diberi ujian sikit dariNya.
Bermulalah kehidupan qhaleef dan perjuangannya.

Tapi bukan tu juge yang nak dicerita.kerana biarlah mama papa dan insan yang memahami mengetahuinya.terima kasih pd mereka.awak tahu awak siapa.

Ahah.saya pilih asingkan diri dari semua sekejap.
Hanya saya dan Dia.
Dan penerimaan mcm biasa ada yang faham.sgt memahami.
Ada yang negatif,fikir kami pentingkan diri sendiri.terpulang.saya kejar redha Dia dan redha ibu bapa saya.bukan redha sesiapa.

Point:
Apa itu uzlah?

Uzlah adalah masa yang kita perlu mengasingkan diri daripada sesiapa pun  untuk menfokuskan perhatian pada ibadah (berzikir dan bertafakur) kepada Allah swt.

Bahasa kita sekarang, 'me time'. Tapi me time itu guna untuk kita bersendiri dan melakukan aktiviti yang kita suka macam baca buku, tonton video, shopping,g spa dan sebagainya. Uzlah adalah 'me-time' juga, tapi guna untuk bertafakur kepada Allah. Asingkan diri daripada orang lain.

Saat ber uzlah, apa yang perlu kita fikir? Ustazah Norhafizah Musa ada share 5 benda apa yang perlu kita fikir saat uzlah iaitu:

1. Merenung ayat-ayat Allah.
Buka Al-Quran, tengok ayat-ayat Allah, apa yang Allah nak sampaikan kepada kita. Pengajaran apa yang perlu kita ambil.

2. Memikirkan ayat-ayat Kauniyah (tanda-tanda yang terdapat pada kejadian alam). Ada duit lebih, pergilah bermusafir. Tengok alam ciptaanNya, kebesaran Nya.

3. Memikirkan nikmat Allah yang kita dapat. Nikmat melihat, mendengar, makan, kasih sayang dan sebagainya supaya kita dapat menjadi orang yang bersyukur.

4. Memikirkan dosa dan aib kita. Selama hidup, renung balik dosa apa yang telah kita buat. Aib apa yang ada dalam diri kita. Dah bertaubahkah kita daripada dosa-dosa tersebut?

5. Pikirkan apa tanggungjawab kita dan apa yang boleh kita sumbangkan untuk bagi manfaat kepada orang lain.

Kita boleh menulis, kenapa kita tak buat buku untuk bagi manfaat kepada orang lain? Kita ada ilmu pendidikan awal kanak-kanak, kenapa kita tak berusaha bagi pendidikan terbaik untuk anak-anak, kita ada ilmu membaca Al-Quran, kenapa kita tak guna ilmu itu untuk ajar orang lain tentang Al-Quran.

Dan kita masih ada keluarga tersayang.pergilah sayang mereka sebelum mereka pergi.

Tu dia 5 perkara yang kita perlu fikir saat uzlah, saat bertafakur, saat menyendiri. Kita hidup tak lama di dunia ni. Ambil la sedikit masa untuk kita kenang segala perbuatan kita atas dunia ini. Jangan bila dah berada di kampung akhirat, kita baru nak bertafakur, baru nak uzlah. Takde guna dah time tu.

Amazing selepas tu saya jadi lebih bersemangat hidup.sayang pada keluarga sgt bertambah.saya nak tarik semua insan tersayang saya masuk syurga.walau hidup ketinggalan nama nama artis.x uptodate cerita cerita drama tv.tp bahagianya bila dapat khatam quran.dapat hafaz ayat ayat cinta Allah.menitis air mata.kejar disana.dunia mesti bersamamu.

Semoga catatan ini dapat memberi manfaat untuk siapa yang membacanya. Kalau salah, mohon tegur bersama.

#sayasayangabangsayayangmembesarkansaya
#sayangsemuanya
#Dialebihtahu

Wednesday, 29 November 2017

Abah rehat selamanya


100 hari sebelum abah pergi

Hati berdebar debar tiap kali makanan yang nak makan x sampai kemulut. Potong bawang sampai terluka jari.end up termimpikan abah. Sampai genap 1 bulan syawal berlalu dan datangnya 1 zulkaedah bersama berita abah kanser hati tahap 4.

Dan segalanya berubah, saya down. 3 4 hari saya termenung. Saya tak pernah imagine perkara ini berlaku pada ahli keluarga saya. Alhamdulilah. Allah sayang saya Dia tak kasi saya layan hati sedih lama sangat. Saya tampar pipi saya dan saya kata saya kena kuat sebab mak da takde, kalaua saya sedih, abah mesti lagi seribu kali sedih.

Sejak dari itu, apa jua perkara saya nak lakukan saya takkan tunggu esok. Saya akan jadikan tiap hari adalah hari yang terakhir. Abah nak makan apa jua. Abah nak pergi mana jua sedaya upaya dipenuhi. Dan dugaan demi dugaan dilalui bersama kasih saying Dia.

 

40 hari sebelum abah pergi

Tengah makan kt restoran,tiba tiba qhaleef bersuara “Qhaleef dengar macam suara atok abah, jom tengok atok abah” Pada masa yang sama keadaan abah semakin lemah. Tapi semangat abah cekal dan kuat. Abah pesan nanti abah nak 1 tempat dengan arwah mak kt kebun teh.

3 hari sebelum abah pergi

Kesihatan abah merundum jatuh. Abah da kuat nak sapu lotion kat badan pun x kuat. Time tu sure tau macam mana hati nak hadapi benda tu. Kami Badik badik mula tido rumah abah. Tinggallah pasangan dan anak kat rumah masing masing janji kami nak jaga abah. abah mula cakap ada orang datang nak jumpa abah.abah pesan “tolong tolak kereta abah b” siyes saya layan semua ayat abah.

Jumaat 3.11.2017

Tapi peliknya saya. Tiap kali saya nak balik selepas wudhukan abah pasti saya pesan, abah tunggu bb datang semula ye bah. Sebab saya kena balik sekejap salin pakaian amek alep balik sekolah. Berbeza hari tu, saya wudhukan abah semasa solat asar.saya doa kat Allah agar berikan yang terbaik buat abah.Saya berlinang air mata risau hati sebab abah mula lemah tak bole telan walau setitik air. Dahi abah saya cium dan saya minta izin balik kejap ye bah.

Tak sempat sampai maghrib nak wudhukan abah, abah da pergi.

Saya selawat sepanjang masa saya pergi kerumah abah bila dapat call dari abang datang sekarang. Saya da dapat rasa. Tapi saya selawat tanpa henti.

Sampai kat rumah abah da x de nafas.badan abah hangat panas lagi. Setitik air mata tak jatuh lagi. Saya tak menangis. Ahah air mata tak tumpah. Tapi saya senyum kata abah dan ucap abah selamat berehat bah.

Abah da pergi berjumpa kekasihnya.

Dan hari ni hati tercubit bila abang beritahu Abah namakan saya sebagai pewarisnya. Allahu abah. Bb x sangka abah percayakan bb. Walau abah xpernah luah. Abah xpernah cakap sayang atau apa jua. Dan apa jua bb buat selama ni kerana Redha Allah letaknya pada redha ibu bapa. Bb banyak dosa lampau degil dulu dulu dengan abah. Dan syukur Dia sedarkan bb untuk balas dosa bb dengan berbakti dengan abah.

Terima kasih Allah.

Saturday, 6 May 2017

2017 yang mencabar

Bismilahiramanirahim

2017

Pembukaan tahun yg disambut dengan harapan seperti insan lain.semoga bahagia.semoga makin istiqomah.semoga semoga dan semoga yang baik baik lah.

Dec 2016

Aleef turn to 4 y.o
Simple celebration dekat kindy
Pindah opis kat southkey titik merubah segalanya

Jan 2017

Struggle nak selesaikan ttg si putih

2Feb 2017

Small trip ke penyabong
Plus annivesary dan birthday sekali
Namun titik tu merubah segala galanya

Sunday, 14 February 2016

Definisi G6pd


Kali ni entry saya nak kongsikan sedikit info mengenai G6PD. Dulu orang dok sebut G6PD ni tapi saya sendiri blurr tentang masalah ini , Mula-mula saya dengar mengenai G6PD ni pon setelah join jadi ahli Shaklee..(nampak sangat tak ambik tau kan huu)..  Jom sama-sama kit abaca apa itu G6PD.

Apa itu Penyakit G6PD?

G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Penyakit ini biasanya berlaku kepada kaum lelaki dan dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah kekurangan enzim G6PD. Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia normal akan tetapi ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis perlu dielakkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan enzim G6PD?

Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah. Hemolisis berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia.

Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit kekurangan enzim G6PD?

Bagi kebanyakan pesakit yang menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD, hemolitik anemia adalah tidak ketara sehinggalah 48-96 jam selepas pesakit mengambil bahan-bahan yang boleh menyebabkan pengoksidaan seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Selain daripada yang tersebut di atas, jangkitan bakteria atau virus juga boleh menyebabkan hemolitik anemia kepada pesakit kekurangan enzim G6PD ini.

Gejala-gejala hemolisis yang akut termasuklah kepucatan, jaundis,mudah letih, sesak nafas, jantung berdebar-debar dan hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) yang menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku sekiranya pesakit mengalami hemolisis yang teruk.

Jaundis dapat dilihat pada bahagian mata putih pesakit apabila berlakunya hemolisis di dalam pesakit kekurangan enzim G6PD.

Bagi bayi baru lahir, kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan jaundis(kekuningan) yang patologik. Jaundis pada bayi-bayi yang mempunyai tahap bilirubin yang tinggi di dalam darah perlu menjalani transfusi darah.

Walaupun ramai yang mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD ini, tetapi ramai yang tidak pernah menghadapi gejala-gejala atau tanda-tanda seperti di atas.

Seriuskah masalah kekurangan enzim G6PD?

Jika diberi rawatan dan nasihat yang betul, pesakit boleh hidup dengan gaya hidup yang normal. Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang masalah dalam tempoh yang panjang. Walaubagaimanapun apabila episod hemolitik anemia berlaku,ia perlu dirawat dengan rawatan yang sesuai.

Pesakit mengalami masalah kekurangan enzim G6PD, apakah yang patut dilakukan?

kacang parang perlu dijauhi oleh pesakit G6PD

Anda dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya,semua jenis kacang atau produk kacang dan gula-gula dan makanan berperisa menthol.

Apabila berjumpa dengan doktor, anda hendaklah memberitahu doctor yang anda mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD supaya doktor tidak mempreskripsikan ubat yang boleh menyebabkan anemia kepada anda.Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic dan lain-lain ubat-ubatab tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

Sumber:Penyakit Kekurangan Enzim G6PD. ( G6PD deficiency )